Wednesday 22 June 2011

3rd day masum

BULETIN
Hari kedua kejohanan masum di UPM diteruskan lagi. Banyak pingat emas diperolehi oleh kontinjen UPM. Antaranya adalah dari sukan olahraga dimana dalam acara 100m (L & W)  telah menobatkan pelari dari UPM sebagai raja dan ratu pecut kejohanan masum bagi edisi kali ini. Selain itu,pengat emas juga disumbangkan oleh skuad tenpin bowling di mana Kevin Tan telah Berjaya memperoleh pingat emas dengan 1258 jatuhan pin. Skuad skuasy UPM juga tidak menghampakan dimana skuad wanita skuasy teleh menyapu bersih pingat yang dipertandingkan pada hari ini. Wakil tunggal skuasy perseorangan lelaki, Ivan Yuen turut menyumbang pingat emas kepada kontinjen UPM. Keputusan tidak rasmi bolehlah merujuk kepada jadual yang telah disediakan.
Diharap kecemerlangan kontinjen UPM pada hari ini dapat membakar semangat kepada rakan-rakan atlet yang lain bagi menyumbangkan pingat kepada kontinjen UPM sekali gus dapat menaikkan kedudukan UPM didalam temasya masum kali ini.
Bagi sukan-sukan yang layak ke peringkat seterusnya seperti bola baling, bola tampar, ragbi, pencak silat dan lain-lain, diharap dapat memberi saingan yang sengit kepada pihak lawan masing-masing.

















Monday 20 June 2011

2nd day Masum

kembali lagi dalam buletin UPM...wah,da macam wartawan da aku rasa...sememangnya mmg penat sangt hari ni...dari sana ke sini...dari siang ke malam...heheh..apa pn..liputan hari ni agak membanggakan...sbb upm banyk menang...berikut adalah laporan aku untuk hari ni...;p

BULETIN
Hari pertama kejohanan sukan MASUM telah menampakkan taring kontinjen UPM. Pasukan Tenpin Bowling (W) telah menyumbangkan pingat emas pertama dalam acara perseorangan wanita.Tungku Haifa Tungku Osman telah melakukan 1140 jatuhan pin sekaligus memenagi pingat emas kepada kontinjen UPM. Rakan sepasukan Tunku Haifa, Lina Marisa Zamri talah menyumbang pingat perak dalam acara yang sama dengan 1128 jatuhan pin sekali gus meletakkan UPM berada ditangga teratas dalam sukan Tenpin Bowling. Kecemerlangan diteruskan lagi dimana skuad skuasy UPM telah mara ke peringkat separuh akhir dalam kategori lelaki dan wanita. Pasukan ragbi,sepak takraw,bola tampar(lelaki & wanita),badminton (L),bola baling (W),dan hoki(W) telah Berjaya menewaskan lawan masing-masing sekali gus melayakkan mereka untuk ke peringkat seterusnya.
Sememangnya saingan sengit diberikan dari kontinjen yang bertanding seperti UiTM,UTM. Langkah berjaga-jaga harus diambil bagi memastikan kemenangan ditangan kontinjen UPM. Saingan dari kontinjen UPM. Bagi pasukan yang tidak bernasib baik diharap tidak berputus asa dan lakukan yang terbaik. Semestinya anda mampu lakukan kejutan.
Walaubagaimanapun ada beberapa acara yang masih belum memulakan perlawanan pada hari ini. Sukan seperti olahraga,renang,pencak silat dan bola jaring akan bermula pada Selasa(21/6/2011). Diharapkan agar atlet UPM dapat memberikan pingat emas kepada kontinjen UPM.
Sebarang maklumat terkini mengenai masum boleh la ke laman web rasmi masum www.masum.org.my

bz3





bowling (W)








MASUM

assalamualaikum dan salam pertemuan sekali lagi..kali ni...nk cite sket pasal masum ataw lebih dikenali dengan nama majlis sukan universiti malaysia....tahun ni upm jadi tuan rumah..n sekali gus aku jadi sukarelawan plak...specific nya sukarelawan pusat....hehehe...jaga kebajikan atlet upm...selain tu aku juga kne menyediakan buletin mengenai sukan yang upm sertai...ala2 macam wartawan la...btw sukarelawan pusat ni,team aku ni ada 3 je lelaki..lain semuanya wanita..heheh...(jangan pikir bukan2 k...)
kat bawah ni la buletin hasil karangan aku yang buat tengh2 malam..hehehe...tak taw la.mesti macam lite2 je..;p apa pn semua tu benda baru kat aku...dapat kawan  baru..harap semuanya berjalan lancar..

Perasmian Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah berlansung dengan gilang gemilang di stadium Universiti Putra Malaysia(UPM). Majlis perasmian ini  telah dirasmikan oleh Y.BHG. Datuk Haji Omar Abd Rahman,Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Turut hadir sama adalah pegawai-pegawai dari semua universiti yang bertanding. UPM juga merupakan tuan rumah bagi MASUM 2011 kali ini. Sebanyak 20 kontinjen yang datang dari 20 universiti awam diseluruh Malaysia telah pun berkampung di UPM sejak beberapa hari yang lalu.  Pada temasya kali ini sebanyak 19 acara telah dipertandingkan dan menawarkan 36 pingat emas yang menjadi rebutan seluruh atlet masum pada kali ini.
Pada kali ini,tuan rumah UPM telah menghantar 474 orang atlet bagi memberi saingan dalam merebut pingat emas dalam temasya MASUM kali ini. Menurut Dr.Hanafiah Ayob pada kali ini UPM mensasarkan 8 johan bagi sukan berpasukan pada kejohanan MASUM pada kali ini.hasil dari latihan yang telah dilakukan oleh atlet yang bermula seawal mulanya cuti semester. Atlet elite yang berpengalaman juga diharap dapat membantu kontinjen UPM kali ini. Dengan slogan UPM Cemerlang diharapkan agar kontinjen UPM kali ini akan memberi saingan kepada kontinjen-kontinjen lain disamping memperoleh kejayaan dalam semua acara sukan. 


















Saturday 18 June 2011

mahkamah



assalamualaikum....selamat pagi malaysia....pagi2 da mula nk merapu...hahah...al-maklum la..da lama tak mengarang story...so nth tetibe boleh plak tergerak jari jemari ni nk menaip sedikit perkongsian bersama sesiapa yang membaca ni...

hm...dua hari lepas aku telah pergi ke mahkamah untuk menjadi saksi ataw untuk memberi keterangan kepada pihak mahkamah atas satu kes saman sekolah..kejadian berlaku sewaktu aku berada di tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik Gombak...(wah..siap bagi taw ni...habis reputasi sekolah....heheheh....)

apa pn aku malas nk cite kenangan lama...bagi aku itu merupakan sejarah hitam untuk diri aku dan juga pihak sekolah...sememangnya kemalangan tidak berbau n berakhir plak dengan sesuatu yang mmg tak dijangka...huhu...;(

back to da story...so as selaku orang yang penting aku diminta hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan   kepada pihak mahkamah mengenai apa yang da berlaku sewaktu kejadian berlaku...2 3 hari sebelum ke mahkamah aku diminta untuk mengadirkan diri ke pejabat peguam negara untuk memberi keterangan bertulis kepada peguam....paling best..siap parking aku telah di reserve kan betul2 depan lobi pejabat peguam negara...mmg rasa macam orang besar la...hahhaha,...kete lite2 je...tapi keistimewaan yang dapat macam bawak kete beso...mcam orang beso rase..heheheh...btw thx to afiq sbb dia sudi teman aku p pejabat peguam negara tu...

so tiba la hari yang dinantikan...aku pergi ke mahkamah jalan duta untuk memberi keterangan..sememangnya aku mmg tak ley tido malam tu...fikiran 2 3 hari sebelum ni mmg melayang je...tak taw apa yang difikirkan..so aku dimasukkan ke bilik saksi n tak boleh masuk dalam kawasan perbicaran sehingga aku di panggil...so aku pn dok la dalam tu dengan saksi yang lain iaitu cikgu jamie....dia da la dalam pantang...sangat aku respect sbb sanggup membantu pihak sekolah walaupun dalam keadaan tengah pantang...tq cikgu...huhu

orang yang pertama dipanggil adalah saksi dari pihak plaintif...kemudian cikgu jamie n aku adalah orang yang terakhir dipanggil untuk memberi keterangan saksi didepan hakim...mmg perasaan tak taw nk cakap ape time tu..takut,cuak semua ada...sku memberi keterangan dalam keadaan yang tenang sehingga peguam ckp kat aku muka aku mmg berlakon time bagi keterangan...hahahah...aku mmg terpaksa berlakon tenang sbb nk elak rasa tak senang tu...huhuhuhu...

setelah semuanya selesai..kami pn berbincang apa yang da berlaku kat dalam tadi...hehehe...macam2 benda yang diborakkan..skung ni cuma tunggu keputusan dari mahkamah samada menang ataw kalah..aku berharap yang terbaik je skung ni...hm...apa pn terimakasih kat cikgu2 kerana bagi peluang untuk membantu dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi..wah...hehehe....thx kat hasnan sbb teman aku p mahkamah..hehhehe....



Saturday 4 June 2011

kawen oh kawen...

assalamualaikum wbt...hari ni je ada dekat 4-5 jemputan kenduri...semuanya datang dari kawan dan sahabat handai...tapi malangnya 1 je yang aku sempat pegi...2 dipahang  2 di kl...so 4 la jadinya...1 dari 4 adalah kawan kelas time blajar kat politeknik shah alam dlu...mohamad khairani ataw lebih mesra dengan panggilan khai...ni adalah orang ke-3 dalam senarai dak kelas DKA A yang telah berkahwen...yang pertama adalah orang paling tue dalam kelas iaitu abng long aka saudara hishamuddinn...second adalah saudara khalida or ida..n yang terbaru ni saudara khai....apa pn selamat pengantin baru kepada mereka semua...



apa pn bila setiap kali kawen dapat la pengubat kerinduan kat dak2 kelas..walaupun tak dapat jumpe dengan semua tapi dapat la jumpe..masing da matang...matang ke???hahaha..apa pn..semua nya da lain..da berubah...kebanyakan nya semuanya da keje...da berkereta...wah..sumpah jeles...bila la aku nk dapat kete...hahaha

insyaallah ada la tu nnt kan...btw kepada kawan2 yang aku tak dapat hadir ke kenduri kawen kakak n abng korang...sory sangt2...tapi insyaallah kalau korang kawen aku akan datang...jangan risau k...aku janji..wah..da janji ni...huhuhu....jangan simpan dalam hati..jangn plak bila aku kenduri t korang tak nak datang plak...kesian aku...huhuhu...apa pn selamat menerima insan baru dalam kehidupan korang n semakin meriah la...best2..family da semakin besar..best wei....apa pn miss you guys...huhuh..(tetibe kan...:p)

apa pn...selamat semuanya dunia dan akhirat....lepas ni giliran sape plak yang akan kawen..wah..exited ni..huhuhu...

antara yang hadir
who's next...???hehhe

btw di kesempatan ini nk mengucapkan happy birthday to Mr.Q...semoga panjang umur n dimurahkan rezeki...kepci2..hahhaha...