Monday 20 June 2011

2nd day Masum

kembali lagi dalam buletin UPM...wah,da macam wartawan da aku rasa...sememangnya mmg penat sangt hari ni...dari sana ke sini...dari siang ke malam...heheh..apa pn..liputan hari ni agak membanggakan...sbb upm banyk menang...berikut adalah laporan aku untuk hari ni...;p

BULETIN
Hari pertama kejohanan sukan MASUM telah menampakkan taring kontinjen UPM. Pasukan Tenpin Bowling (W) telah menyumbangkan pingat emas pertama dalam acara perseorangan wanita.Tungku Haifa Tungku Osman telah melakukan 1140 jatuhan pin sekaligus memenagi pingat emas kepada kontinjen UPM. Rakan sepasukan Tunku Haifa, Lina Marisa Zamri talah menyumbang pingat perak dalam acara yang sama dengan 1128 jatuhan pin sekali gus meletakkan UPM berada ditangga teratas dalam sukan Tenpin Bowling. Kecemerlangan diteruskan lagi dimana skuad skuasy UPM telah mara ke peringkat separuh akhir dalam kategori lelaki dan wanita. Pasukan ragbi,sepak takraw,bola tampar(lelaki & wanita),badminton (L),bola baling (W),dan hoki(W) telah Berjaya menewaskan lawan masing-masing sekali gus melayakkan mereka untuk ke peringkat seterusnya.
Sememangnya saingan sengit diberikan dari kontinjen yang bertanding seperti UiTM,UTM. Langkah berjaga-jaga harus diambil bagi memastikan kemenangan ditangan kontinjen UPM. Saingan dari kontinjen UPM. Bagi pasukan yang tidak bernasib baik diharap tidak berputus asa dan lakukan yang terbaik. Semestinya anda mampu lakukan kejutan.
Walaubagaimanapun ada beberapa acara yang masih belum memulakan perlawanan pada hari ini. Sukan seperti olahraga,renang,pencak silat dan bola jaring akan bermula pada Selasa(21/6/2011). Diharapkan agar atlet UPM dapat memberikan pingat emas kepada kontinjen UPM.
Sebarang maklumat terkini mengenai masum boleh la ke laman web rasmi masum www.masum.org.my

bz3





bowling (W)








No comments:

Post a Comment