Tuesday 9 August 2011

makan3

wat to do today????itu la benda yang tiap2 hari bermain dalam fikiran aku..hahaha...lagi satu..nk masak ape hari ni ek???so far alhamdullillah sejak dari hari pertama sampai la skung mak masak hari2...walaupun masakkan nya simple tapi ttp menjadi kepuasan dihati..biar masakkan tu sesimple mana pn tapi kalau nama da air tangan ibu...mau tak sedap..kadang2 makan berpinggan2..hahah..mmg kalau duk umah ni boleh psang badan...heheh..apa pn juadah buerbuka untuk hari ni sudah pun diputuskan..kobis masak lemak,sambal belacan dan ikan goreng...uuu...dap ee...fav aku tu...hehehe...thax to mommy...sbb sentiasa memberi yang terbaik untuk anak2nye...

ttp maintain untuk masak banyak walaupun hanya tinggal aku je kat umah ni...heheh...apatah lagi kalau adek2 aku ada..mmg makin banyak la..nk2 yang lagi 2 orang tu balik...laok simple pn makan sampai berpinggan2..hahah..penangan air tangan ibu...

ada la aku dengar ceramah..salah satu kunci  kemakmuran keluarga dan kejayaan anak2 adalah hasil dari air tangan ibu...heheh...mak pn ada pesan..kalau nk cari bini..cari yang pandai masak...so..untung la kalau bakal isteri pandai masak..mak sayang,mak mertua sayang..semua pn sayang...haha...mengarut dah ni...k la...chiow..






Monday 8 August 2011

new member of tok dollah's family

hahah...just came back dari melawat Tsara Eshelle bt Ahmad Firdaus...huhuhu...berumur sebulan lebih...cucu pertama cikgu dollah...bukan main sayang opah2 termasuk la bonda ku yang tersayang....da lama tak mengadap budak kecik..ni dapat balik..pengalaman yang lepas mengajar ku bagai mana nk memegang budak kecik yang seawal 3 hari dan kini sebulan..

21 hari




1 month ++
btol ckp mak..dak zaman skung ni badannye cepat keras..aku boleh pegang dia dengan jayanya..heheheh...apa pn, Tsara welcome to keluarga tok dollah..merupakan cicit pertama...luv you...huhhu....




sepupu oh sepupu

sememangnya da lama sangat tak menulis blog...sepanjang sebualn ni banyak benda yang berlaku..semuanya as usual memberi satu pengalaman baru kat aku khas nya dalam menjadi seorang manusia n muslim yang success dimasa akan datang...

antaranya perkara yang agak suprose bagi aku walaupun aku da taw...huhuhu...spupu kesayangan aku da nk tunang...tetibe happy,sebak,suke,duke..macam2 la bercampurnya perasaan aku...sememangnya dia lah yang paling rapat ngn aku...banyak benda yang aku ngan dia berkongsi...sharing...(tak same ke kan???hahahhaah). ye la...mana tak nya dlu aku ngan dia ske gile tgk berita tamil...bila tgk tu konfom aku ngan dia tergelak2 sampai guling2..aku pn tak sure la knpe aku ngan dia gelak...tapi yang pasti bila si pembaca berita tu bukak mulut je mmg aku ngan spupu aku sorang ni akan gelak sampai nk pecah perut..hahahahh....

apa pn aku mengucapkan tahniah kat dia ngan bakal tunang dia...hm...ni lagi satu..bila bercakap pasal bakal tunang spupu sorang ni...al-kisahnya bakal tunang nye adalah kawan aku time sekolah dlu...heheh..bila difikirkan semua mmg aku rasa kelakar sangat..ye la..kecik je dunia ni kan...pusing2 member rupanya...heheh...semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin...sebagai seorang sepupu yang sangt sayangkan ko...aku n family akan sentiasa mendoakan kebahagiaan ko dunia dan akhirat..amin...selamat semuanya kepada norzuraiha che ahmad a.k.a deq-r...amin..

p/s-jangan tanya aku knpe aku buat entri ni..huhuhuh


Tuesday 12 July 2011

apa nak jadi....

sesungguhnya da lama tak menyinggah kat wall sendiri untuk meng"share" apa yang ada....banyk je kje yang bertangguh tak dibuat....hahaha...al-maklum la..cuti2 bergini...apa pn life must go on...sepanjang beberapa minggu tak menulis entri ni macam2 gak benda yang berlaku...baik dan buruk, pro n contra..tu semua adalah pengalaman yang mengajar aku untuk menjadi seorang insan yang berjaya pada masa hadapan..huhuhu..

hm...sehabisnya masum.terbukti lah bahawa UPM mmg unggul sbb berjaya menjadi johan keseluruhan MASUM untuk edisi 2011 ni...dengan 130++ pungutan pingat emas (kalau tak silap la...huhuhuh) so membuktikan bahawa UPM bukan shj unggul dalam bidang akademik malah dalam bidang sukan juga...im proud of UPM...sungguh pun im not in good in sport but i like sport..huhuhu...knl ngan kenalan baru..mmg best..banyk benda yang dapat dikongsi..bertukar pandangan n paling best adalah aku semakin "membesar"...OMG....mana taknya...asek makan je...pagi makan,tgh hari makan,petang makan,malam pn makan...hahahha

sehabisnya MASUM...aku pergi ke program Bina Bangsa Negara (PEMBINA) kat UUM,Sintok kedah...wah...ni lagi best..bukan setakat pengisian tp juga makanan....mmg aku semakin membesar....apa pn nk cerita sket kat sini..melayu skung ni mmg la da banayk menyimpang....bukan nk kata diri ni bagus..tai setelah dibukakan minda maka nmpk lah mana yang tak terbukanya minda terutamanya anak melayu itu sendiri...banyak leka dengan benda2 yang tak mendatangkan faedah...kadang2 nk salahkan anak pn tak boleh..ibu bapa sendiri yang tak nk bagi pendedahan kepada anak2 tentang apa yang da berlaku skung...at least kalau tak taw nasihat la anak tu supaya jadi manusia yang berguna n berjaya..takkan nk tgk negara dijajah sekali lagi....hm...apa pn semoga malaysia aman da makmur sejahtera hendaknya..amin~

beside perkenalan kepada seorang pemimpin pn sangat membantu aku untuk mematangkan lagi fikiran aku disebalik mengajar aku untuk menjadi seorang yang berdisiplin,dan berjaya dimasa hadapan disamping dapat membantu anak bangsa sendiri agar tidak ditindas oleh bangsa lain dimasa hadapan...

so balik je UPM masih ada kje yang mendatang...biasala...nama lagi tanggungjawab..apa pn aku akan pikul tanggungjawab ini dengan jayanya...ya allah bagi lah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini..untuk menjadi seorang yang berjaya dimasa hadapan...

Wednesday 22 June 2011

3rd day masum

BULETIN
Hari kedua kejohanan masum di UPM diteruskan lagi. Banyak pingat emas diperolehi oleh kontinjen UPM. Antaranya adalah dari sukan olahraga dimana dalam acara 100m (L & W)  telah menobatkan pelari dari UPM sebagai raja dan ratu pecut kejohanan masum bagi edisi kali ini. Selain itu,pengat emas juga disumbangkan oleh skuad tenpin bowling di mana Kevin Tan telah Berjaya memperoleh pingat emas dengan 1258 jatuhan pin. Skuad skuasy UPM juga tidak menghampakan dimana skuad wanita skuasy teleh menyapu bersih pingat yang dipertandingkan pada hari ini. Wakil tunggal skuasy perseorangan lelaki, Ivan Yuen turut menyumbang pingat emas kepada kontinjen UPM. Keputusan tidak rasmi bolehlah merujuk kepada jadual yang telah disediakan.
Diharap kecemerlangan kontinjen UPM pada hari ini dapat membakar semangat kepada rakan-rakan atlet yang lain bagi menyumbangkan pingat kepada kontinjen UPM sekali gus dapat menaikkan kedudukan UPM didalam temasya masum kali ini.
Bagi sukan-sukan yang layak ke peringkat seterusnya seperti bola baling, bola tampar, ragbi, pencak silat dan lain-lain, diharap dapat memberi saingan yang sengit kepada pihak lawan masing-masing.

















Monday 20 June 2011

2nd day Masum

kembali lagi dalam buletin UPM...wah,da macam wartawan da aku rasa...sememangnya mmg penat sangt hari ni...dari sana ke sini...dari siang ke malam...heheh..apa pn..liputan hari ni agak membanggakan...sbb upm banyk menang...berikut adalah laporan aku untuk hari ni...;p

BULETIN
Hari pertama kejohanan sukan MASUM telah menampakkan taring kontinjen UPM. Pasukan Tenpin Bowling (W) telah menyumbangkan pingat emas pertama dalam acara perseorangan wanita.Tungku Haifa Tungku Osman telah melakukan 1140 jatuhan pin sekaligus memenagi pingat emas kepada kontinjen UPM. Rakan sepasukan Tunku Haifa, Lina Marisa Zamri talah menyumbang pingat perak dalam acara yang sama dengan 1128 jatuhan pin sekali gus meletakkan UPM berada ditangga teratas dalam sukan Tenpin Bowling. Kecemerlangan diteruskan lagi dimana skuad skuasy UPM telah mara ke peringkat separuh akhir dalam kategori lelaki dan wanita. Pasukan ragbi,sepak takraw,bola tampar(lelaki & wanita),badminton (L),bola baling (W),dan hoki(W) telah Berjaya menewaskan lawan masing-masing sekali gus melayakkan mereka untuk ke peringkat seterusnya.
Sememangnya saingan sengit diberikan dari kontinjen yang bertanding seperti UiTM,UTM. Langkah berjaga-jaga harus diambil bagi memastikan kemenangan ditangan kontinjen UPM. Saingan dari kontinjen UPM. Bagi pasukan yang tidak bernasib baik diharap tidak berputus asa dan lakukan yang terbaik. Semestinya anda mampu lakukan kejutan.
Walaubagaimanapun ada beberapa acara yang masih belum memulakan perlawanan pada hari ini. Sukan seperti olahraga,renang,pencak silat dan bola jaring akan bermula pada Selasa(21/6/2011). Diharapkan agar atlet UPM dapat memberikan pingat emas kepada kontinjen UPM.
Sebarang maklumat terkini mengenai masum boleh la ke laman web rasmi masum www.masum.org.my

bz3





bowling (W)








MASUM

assalamualaikum dan salam pertemuan sekali lagi..kali ni...nk cite sket pasal masum ataw lebih dikenali dengan nama majlis sukan universiti malaysia....tahun ni upm jadi tuan rumah..n sekali gus aku jadi sukarelawan plak...specific nya sukarelawan pusat....hehehe...jaga kebajikan atlet upm...selain tu aku juga kne menyediakan buletin mengenai sukan yang upm sertai...ala2 macam wartawan la...btw sukarelawan pusat ni,team aku ni ada 3 je lelaki..lain semuanya wanita..heheh...(jangan pikir bukan2 k...)
kat bawah ni la buletin hasil karangan aku yang buat tengh2 malam..hehehe...tak taw la.mesti macam lite2 je..;p apa pn semua tu benda baru kat aku...dapat kawan  baru..harap semuanya berjalan lancar..

Perasmian Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah berlansung dengan gilang gemilang di stadium Universiti Putra Malaysia(UPM). Majlis perasmian ini  telah dirasmikan oleh Y.BHG. Datuk Haji Omar Abd Rahman,Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Turut hadir sama adalah pegawai-pegawai dari semua universiti yang bertanding. UPM juga merupakan tuan rumah bagi MASUM 2011 kali ini. Sebanyak 20 kontinjen yang datang dari 20 universiti awam diseluruh Malaysia telah pun berkampung di UPM sejak beberapa hari yang lalu.  Pada temasya kali ini sebanyak 19 acara telah dipertandingkan dan menawarkan 36 pingat emas yang menjadi rebutan seluruh atlet masum pada kali ini.
Pada kali ini,tuan rumah UPM telah menghantar 474 orang atlet bagi memberi saingan dalam merebut pingat emas dalam temasya MASUM kali ini. Menurut Dr.Hanafiah Ayob pada kali ini UPM mensasarkan 8 johan bagi sukan berpasukan pada kejohanan MASUM pada kali ini.hasil dari latihan yang telah dilakukan oleh atlet yang bermula seawal mulanya cuti semester. Atlet elite yang berpengalaman juga diharap dapat membantu kontinjen UPM kali ini. Dengan slogan UPM Cemerlang diharapkan agar kontinjen UPM kali ini akan memberi saingan kepada kontinjen-kontinjen lain disamping memperoleh kejayaan dalam semua acara sukan.