Monday, 20 June 2011

MASUM

assalamualaikum dan salam pertemuan sekali lagi..kali ni...nk cite sket pasal masum ataw lebih dikenali dengan nama majlis sukan universiti malaysia....tahun ni upm jadi tuan rumah..n sekali gus aku jadi sukarelawan plak...specific nya sukarelawan pusat....hehehe...jaga kebajikan atlet upm...selain tu aku juga kne menyediakan buletin mengenai sukan yang upm sertai...ala2 macam wartawan la...btw sukarelawan pusat ni,team aku ni ada 3 je lelaki..lain semuanya wanita..heheh...(jangan pikir bukan2 k...)
kat bawah ni la buletin hasil karangan aku yang buat tengh2 malam..hehehe...tak taw la.mesti macam lite2 je..;p apa pn semua tu benda baru kat aku...dapat kawan  baru..harap semuanya berjalan lancar..

Perasmian Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) telah berlansung dengan gilang gemilang di stadium Universiti Putra Malaysia(UPM). Majlis perasmian ini  telah dirasmikan oleh Y.BHG. Datuk Haji Omar Abd Rahman,Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Turut hadir sama adalah pegawai-pegawai dari semua universiti yang bertanding. UPM juga merupakan tuan rumah bagi MASUM 2011 kali ini. Sebanyak 20 kontinjen yang datang dari 20 universiti awam diseluruh Malaysia telah pun berkampung di UPM sejak beberapa hari yang lalu.  Pada temasya kali ini sebanyak 19 acara telah dipertandingkan dan menawarkan 36 pingat emas yang menjadi rebutan seluruh atlet masum pada kali ini.
Pada kali ini,tuan rumah UPM telah menghantar 474 orang atlet bagi memberi saingan dalam merebut pingat emas dalam temasya MASUM kali ini. Menurut Dr.Hanafiah Ayob pada kali ini UPM mensasarkan 8 johan bagi sukan berpasukan pada kejohanan MASUM pada kali ini.hasil dari latihan yang telah dilakukan oleh atlet yang bermula seawal mulanya cuti semester. Atlet elite yang berpengalaman juga diharap dapat membantu kontinjen UPM kali ini. Dengan slogan UPM Cemerlang diharapkan agar kontinjen UPM kali ini akan memberi saingan kepada kontinjen-kontinjen lain disamping memperoleh kejayaan dalam semua acara sukan. 


















4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sure..why not...heheh..btw thx..;)

    ReplyDelete
  3. bnyk pulak ayat 'kali ini'.. =P
    leh mantap ag buletin tu =)

    ReplyDelete